Wednesday, 25 July 2012

Andainya...



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah anda akan bersama semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Tapi jika dia benar2 pergi meninggalkan anda, bukan bermakna dia sudah tidak menyayangi anda tetapi kerana dia benar2 kecewa dengan sikap anda. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia masih mengharapkan anda berubah dan kembali kepadanya.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. InsyaAllah.. Amin.. =))


Salam Ramadhan....

dis is time 2 pose... hohoho.. puase dtg lg..
mkin lme makin awal lak puasa ni..
lg 2,3 thun msti smp buln 3 agknye.. hehe..
arini dah puasa ke-4..  bru ke-4, byk ari lg nk raye..
baju raye dah de, tudung raye dah de, ksut rye pki y tahun lepas jela.. huhu...
tahun lepas fully puasa kt kat putrajya tp tahun ni start mggu depn, akn berpuasa di tmpt laen..
bertukar tempt kje n environment.. =)
actually, bersyukur sgt2 coz dpt lg merasai nikmatnye buln ramadhan.. selama 24thn merasainya..
aritu g solat terawih, wlupun sorg2 g tp sonok coz dgr tazkirah.. yela dah lme xdgr...
mne x nye, bz je memanjang.. huhu.. (mcm la big boss sgt.. hehe..)
ini merupakan ramadhan ke 2 disambut as a worker di perantauan, jauh dr family.. sedih lak rasa.. huhu..
nseb baek ade family y sudi menerima dri ini tuk berbke b'sme2 sbg pengubat rindu.. ='(
kt ni xabes2 ngn feel sensitif nye.. alahai la.. (smbil mengelap air mata kesedihan.. huhu..)
xpe, pose kn sebuln.. xkn la xdpt lik kg kn.. huhu..
apa pun selamat menyambut bulan ramadhan kpd sume y beragama islam..
puasa jgn x puasa lak.. (klu y bersebab, xpela.. hehe..) owkey... =)

Wednesday, 18 July 2012

terlupa...

                                               the new of me.. atiq... =))

dah lme gile x bke ini blog..
lupe password n disebbakn ke bz an.. (ke wat2 bz.. hahaha..)
baru2 ni bru teringt psl blog ni ble ade membr ckp sruh update blog..
thanz pd y mengingatkn 2..
blog kt ni biase2 je..
byk psl luahan hati n bebelan semata-mata.. (msti ade y ckp "spe tanya".. hahaha..)
oo last kt update buln 3 2011 rupanya.. dah setahun lebih kot..
skrg buln 7 2012.. wallawei bz sgt kt ni.. huhu..

last post kt still bergelar student, skrg dah de title baru, wanita bekerjaya..
hahahaha... kerjaya la sgt.. leh la ckup2 mkn, isi perut y ada.. hehe..
rsenye dah hmpir setahun kt kje kat cni.. xsangke leh bertahan..
kt kje kat Palace of Justice.. malay nye Istana Kehakiman..
ade gak y tny, ko jd hakim ke.. uish tinggi sgt 2.. xlayak la pun..
ketinggian pun xtercapai.. hehe.. ala kje biase2 je.. kat maintenance opis..
kje handle technician y gila2, mcm2 ragam smp de y wat kt nangis.. huhuhu..
n hmpir setahun gak la kt as a part time crew in McDonalds..
penat memg penat wat 2 kje.. tp ade y best n dpt la duit lebih.. =)

2 psl kje.. xyah byk la kn.. sendiri tau la.. hehe..
psl cinta.. hahaha...y lme dah putus.. xde jodoh.. huhu..
skrg dah de y bru.. kt xpernh serik agknye.. huhu..
dorg ckp kt makin gomok sebb bhgia.. em tul la kot..
kt harap ini adlh y terakhir n insyaAllah smpi ke jinjang pelamin n akhir hayat..
ktrg xpernh pun declare couple.. die pun xpernh mntk nk couple..
ianya terjadi secara semulajadi.. chewah.. kwn2, tibe2 dah jd pakwe makwe..
kt bhgia n hepi sgt.. wlupn biase gado ckit2.. adat la.. bru la bertmbh kasih syg.. (hahahaha yeye kelapa je..)
nt tau lebih lanjut kne update kat post laen la.. (klu rajin.. hehe..)